Saturday 6 October 2012

Sotong Kangkung Istimewa


<marquee direction="right" >Resepi Istimewa</marquee>


Assalamualaikum, salam 1Malaysia......
Buntu tak tau nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resepi istimewa  dari Kak Long.
Resepinipun Kak Long dapat dari seorang rakan di Utara tanah air nun. Thanks Mizza izinkan Kak Long kongsi resepi istimewa bersama rakan-rakan yang lain. Resepi yang sangat mudah dan ringkas tetapi rasanya hmmm sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakanpun mesra rakyat..Kangkung, sotong , kacang dan sos petis. Mula-mula kita sediakan sosnya terlebih dahulu.


Bahan-bahannya:

1 ekor sotong kembang ( direbus dan toskan airnya)
1 ikat kangkung ( dicelur)
1 mangkuk kacang goreng (ditumbuk kasar)



Sos Petis
Bahan-bahan:
1 sudu cili kering yang telah dikisar halus
1 mangkuk air
3 sudu petis udang
1 sudu asam jawa
1 sudu tepung jagung ( di bancuh dengan air )
1 keping gula melaka
1  caMca gula
1 camca garam



Langkah demi langkah

        
 Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung kedalam periuk, kacau sehingga sebati


Masak dengan menggunakan api perlahan, kacau sentiasa agar tidak berkerak.


Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, sedikit demi sedikit sambil mengacau.
Masukkan mengikut keperluan kerana fungsi tepung jagung ini adalah untuk memekatkan sos. Jika terlebih pekat tambahkan sedikit air , kacau sehingga sos bekilat dan apabila di ceduk tidak terlalu cair atau terlalu likat.

                                                  Inilah rupanya sos petis yang telah siap dimasak..




Cara menghidang.....
 letakkan sotong , kangkung didalam pinggan ...
siram sos petis...
tabur kacang.....
silalah makan.




p/s : sukatan bagi gula, garam, cili dan asam boleh diubah mengikut cita rasa.  Selamat Mencuba.